Rabu, 27 Mei 2015

Sinopsis Drama Bidadari (Slot Lestary TV3) +OST

Posted by on Rabu, 27 Mei 2015

Sinopsis Dan Lagu Tema OST Drama Bidadari (Slot Lestary TV3)


Drama TV3 berjudul 'Bidadari' yang dibintangi Shah Jaszle dan Amyra Rosli sebagai teraju utama akan bermula pada 30 April 2015 di slot Lestary TV3, pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 9.00 malam.
Gandingan serasi dalam drama Kristal Maya ini akan sekali lagi berlakon bersama dalam drama yang diarahkan oleh Eoon Shuhaini yang juga pengarah untuk drama popular Love Your Mr Arrogant.


JUDUL : BIDADARI
EPISOD : 18 episod
TARIKH : 30 April 2015 (Rabu & Khamis, 9pm)
SIARAN : Slot Lestary TV3
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : Orange Tree Production
PELAKON : Shah Jaszle, Amyra Rosli, Nonny Nadirah, Syazwan Zulkifly, Sharif Sleeq, Fizo Omar, Zamarul Hisyam, Iieka Simon, Shakilla Khoriri, Amyza Aznan, Zarina Zainuddin, Azhan Rani, Sherie Merlis, Balkisyh Semundur, Mimiey Naomie, Fariddarif

BARISAN PELAKON
 Shah Jaszle sebagai Adie
Amyra Rosli sebagai Suria
Nonny Nadirah sebagai Tengku Tia
Syazwan Zulkifly sebagai Lukman
Sherie Merlis sebagai Delima
Sharif Sleeq sebagai Iwan
Fizo Omar sebagai Indra
Zamarul Hisyam sebagai Tuan Iskandar
Iieka Simon sebagai Mimi
Shakilla Khoriri sebagai Balqis
Amyza Aznan sebagai Mak Rock
Zarina Zainuddin sebagai Melati
Azhan Rani sebagai Anjang




SINOPSIS DRAMA BIDADARI
Bidadari mengisahkan Suria (Amyra Rosli) anak kepada seorang penyanyi kelab, Delima (Sherie Merlis) yang menahan derita akibat berbapa tirikan Anjang (Azhan Rani) yang suka berjudi dan berfoya. Malah lelaki ini turut mengambil kesempatan untuk mempergunakan dua beranak itu. Akibat sering diherdik dan sering didera membuatkan Suria sukar menerima kehadiran lelaki di dalam hidupnya. Malah kepolosan dirinya sering mengundang niat jahat daripada insan bergelar lelaki.

Kehadiran dua insan istimewa dalam hidup Suria, Adi (Shahz Jaszle) yang ikhlas mencintainya dan Lukman (Syazwan Zulkifli), abang tirinya yang sanggup berubah demi memenangi hati Suria menambahkan kecelaruan fikirannya.

Siapakah yang Suria pilih akhirnya? Apakah rahsia di sebalik kebencian Delima terhadap Suria?
 Jangan ketinggalan menyaksikan drama hebat dan penuh konflik ini. ini Sekiranya terlepas anda boleh tonton setiap episod di laman tonton.com.my. Harap Anda Terhibur.




Pilihan Sinopsis Drama Popular Terkini:

 

Pilihan Lagu Tema OST Popular Terkini:


logoblog

» Thanks for reading: Sinopsis Drama Bidadari (Slot Lestary TV3) +OST