Rabu, 27 Mei 2015

Sinopsis Dunia Generasi Baru (Aurora TV9) + OST

Posted by on Rabu, 27 Mei 2015

Sinopsis Dan Lagu Tema OST Dunia Generasi Baru (Aurora TV9)


Anda peminat drama Dunia Baru yang pernah ditayangkan di saluran TV3 satu masa dulu? Kalau anda merupakan peminat drama ala-ala kolej ini, maka drama bertajuk Dunia Generasi Baru ini amat sesuai sekali untuk anda. Apatah lagi jika anda seorang pelajar yang bercita-cita mahu melanjutkan pengajian di menara gading. Memang sangat berguna. Bolehlah beri semangat dan belajar sedikit selok-belok hidup di kampus nanti, kan?

Kini tampil dengan wajah-wajah segar seperti Fadlan Hazim, Zahirah Macwilson, Ben Amir, Erwin Dawson, Natasha Ellyza, Anna Dean dan Kaka Azraff,  TV9 menyiarkan drama terbitan KL Motion Pictures arahan Johan Bahar. Drama remaja yang sarat dengan kisah suka-duka pelajar kolej ini akan bersiaran di slot Aurora di saluran TV9 pada setiap hari Khamis pukul 8.30 malam. Jangan lupa saksikannya...

JUDUL : DUNIA GENERASI BARU
EPISOD : 13 episod
TARIKH : 16 April 2015 (setiap Khamis, 8.30 malam)
SIARAN : Slot Aurora TV9
PENGARAH : Johan Bahar
TERBITAN : KL Motion Pictures
PELAKON : Fadlan Hazim, Zahirah McWilson, Ben Amir, Erwin Dawson, Natasha Ellyza, Kaka Azraff, Anna Dean, Azhar Sulaiman,

BARISAN PELAKON
Fadlan Hazim sebagai Rik
Zahirah Macwilson sebagai Zahra
Natasha Ellyza sebagai Siska
Erwin Dawson sebagai Aman
Kaka Azraff sebagai Norelle
Ben Amir sebagai Zuhal
Anumahsuri sebagai Lani
Miera Idora sebagai Marina

SINOPSIS DUNIA GENERASI BARU

Memulakan fasa hidup baharu di alam universiti memang banyak rintangan suka-dukanya. Pelbagai kerenah pelajar yang berlainan personaliti melatari warna-warni hidup insan yang bergelar siswa dan siswi.

Permulaan drama ini membawa kita kepada kisah mengenai Norelle, gadis berdikari yang berada dalam proses menyesuaikan diri dengan rakan sebiliknya iaitu Siska, Zahra dan Marina yang penuh dengan masalah tersendiri. Siska dan Zahra tidak sehaluan kerana mereka berdua telah berebut katil pada hari pertama. Siska ialah anak kepada bintang rock popular, Rio; Zahra pula berasal dari keluarga sederhana pula bekerja separuh masa untuk menampung kos perbelanjaannya.

Disebalik sikap rakan-rakan perempuan yang penuh ragam, Norelle juga berdepan dengan rakan lelaki yang turut mempunyai masalah mereka tersendiri. Mereka terdiri daripada Aman yang licik dan gemar menipu ibu bapanya. Zuhal, anak orang berada yang ego dan  hidup bergantung dengan duit. Manakala Rik pula seorang kasanova hobinya suka bermain cinta.

Sementara itu Zuhal telah membuat taruhan dengan Rik untuk memikat Zahra . Sekiranya Rik berjaya membuatkan Zahra jatuh cinta maka Rik akan dapat memiliki vespanya.

Berjayakah Zuhal untuk mengenakan Zahra ? Kalau mahu tahu, tontonlah kisah suka-duka para remaja ini dalam drama Dunia Generasi Baru di TV9 yang bersiaran setiap Khamis jam 8:30 malam. Anda pasti terhibur.

Pilihan Sinopsis Drama Popular Terkini:

 

Pilihan Lagu Tema OST Popular Terkini:


logoblog

» Thanks for reading: Sinopsis Dunia Generasi Baru (Aurora TV9) + OST