Selasa, 06 Oktober 2015

Sinopsis Memori Cinta Suraya

Posted by on Selasa, 06 Oktober 2015

Sinopsis Drama Memori Cinta Suraya


Sinopsis:
Kini sebuah drama terbaru di Astro yang diadaptasi dari telenovela Mexico berjudul 'A Love To Remember' bakal menemui penonton. Dengan judul 'Memori Cinta Suraya', drama hebat ini menampilkan gandingan pelakon Hisyam Hamid dan Anzalna Nasir sebagai bintang utama.
Drama yang mempunyai 148 episod ini diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd berasaskan kerjasama bersama Astro dan Azteca.

Memori Cinta Suraya menyorot kisah Suraya yang jatuh cinta dan berkahwin dengan Rayyan semasa cuba memulihkan lelaki itu dari penyakit hilang ingatan. Rayyan mengalami amnesia akibat daripada kejadian kapal terbangnya yang pernah terhempas.

Masalah bermula sebaik sahaja ingatan Rayyan pulih. Ini kerana dia tiba-tiba mengingati mengenai tunangnya Irina dan melupakan Suraya. Apa bakal berlaku seterusnya?

Saksikan drama yang akan dipasarkan ke luar negara ini mulai 17 Ogos, yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 6.30 petang di Astro Bella & Astro Mustika HD.

JUDUL DRAMA : MEMORI CINTA SURAYA
EPISOD : 148 episod
TARIKH / MASA : Mulai 17 Ogos 2015 (Isnin-Jumaat, 6.30pm)
SLOT: Astro Mustika HD (134) & Astro Bella (133)
PENULIS SKRIP : Rozie Rashid
PENGARAH : Feroz Kader
PENERBIT : Global Station
PELAKON : Hisyam Hamid, Anzalna Nasir, Afiq Muiz, Marisa Yasmin, Miera Leyana, Iqram Dinzly, Syafnida Shuhaimi, Kay Khydir, Nafiez Zaidi, Nazeera Sardi, Syuhaida Abraz, Arash Mohd, Watie Sadali, Kufrida, Zarynn Min, Riezman Khuzaimi, Liza Abdullah, Tunku Hanis, Mahmud Ali Bashah, Zila Bakarin, Farid Wari, Aleza Shadan

WATAK PELAKON MEMORI CINTA SURAYA

  • Hisyam Hamid sebagai Megat Rayyan
  • Anzalna Nasir sebagai Suraya
  • Afiq Muiz sebagai Megat Haikal
  • Marisa Yasmin sebagai Tengku Elina
  • Miera Leyana sebagai Irina
  • Iqram Dinzly sebagai Rizal
  • Syafnida Shuhaimi sebagai Mariana
  • Kay Khydir sebagai Naufal
  • Nafiez Zaidi as Tariq
  • Nazeera Sardi sebagai Vanida/Rozana
  • Syuhaida Abraz sebagai Cici
  • Arash Mohd sebagai Datuk Amran
  • Watie Sadali sebagai Datin Raziah
  • Kufridah sebagai Nenek Nona
  • Zarynn Min sebagai Zulaikha
  • Riezman Khuzaimi sebagai Darwis
  • Liza Abdullah sebagai Shamsiah

Pilihan Berkaitan Yang Menarik:



 
Carian Berkaitan:


  • Biodata Pelakon Memori Cinta Suraya
  • Sinopsis Memori Cinta Suraya
  • OST Lagu Tema Memori Cinta Suraya
  • Gambar Anzalna
  • Biodata Pelakon Memori Cinta Suraya
  • Gambar Anzalna
  • Tonton Memori Cinta Suraya Episod 1- Akhir


Pilihan Sinopsis Ekstra:

 
logoblog

» Thanks for reading: Sinopsis Memori Cinta Suraya